Saturday, August 29, 2009

Hijrah

Salam perjuangan Sahabat Sahabiah sekalain,
Kami sekeluarga telah berpindah ke rumah maya baru di:

http://iluvmasjid.wordpress.com/

Blog ini akan ditutup tidak lama lagi.

Terima kasih,

msmz, nwksp, abu fahmi.

Wednesday, December 3, 2008

apa itu kaunseling?



Apa itu kaunseling? Mitos khidmat kaunseling atau pendapat umum mengenai kaunseling adalah seperti kaunseling itu nasihat, hubungan kaunseling hanya sehala, kaunseling lebih mementingkan masalah daripada manusia (klien), kaunseling menyelesaikan masalah atau persoalan hidup, dan kaunseling hanya untuk mereka yang mempunyai sakit jiwa (mental).

Terdapat beberapa definisi kaunseling yang telah dikemukakan oleh pakar-pakar kaunseling mengenai perkhidmatan ini. Setiap definisi bergantung pula kepada teori yang digunakan. Menurut Blocher (Shertzar & Stone, 1974) beliau mendefinisikan kaunseling sebagai satu proses interaksi yang menggerakkan pemahaman yang bermakna terhadap diri dan persekitaran serta menghasilkan pembentukkan, penjelasan matlamat dan nilai untuk tingkah laku masa depan.

Burks dan Steffle (George & Cristiani, 1990), pula mendefinisikan kaunseling sebagai suatu perhubungan yang profesional di antara seorang kaunselor terlatih dengan seorang klien. Perhubungan ini kadangkala melibatkan lebih daripada dua individu. Ianya hanya bertujuan membantu klien memahami dan menjelaskan pandangan mereka terhadap ruang kehidupan dan belajar mencapai matlamat yang mereka tentukan sendiri melalui pemilihan-pemilihan yang bermakna serta melalui penyelesaian masalah yang berbentuk emosional antara individu.

“Counselling is a process that helps people learn about themselves, their environment and ways to handle their roles and relationship.”
(Hansen, Ressberg & Cramer, 1994)

Di Malaysia, Persatuan Kaunseling Malaysia (PEKAMA, 1998) mendefinisikan kaunseling sebagai suatu proses sistematik untuk membantu perhubungan (berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling), mencapai satu perubahan, kemajuan dan penyelesaian yang holistik, baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan, kemajuan dan penyelesaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien.

Walaupun terdapat pelbagai definisi tentang kaunseling, namun ia dapat dirumuskan sebagai satu proses pertolongan profesional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekeliling. Individu perlu melihat peranan dan sumbangannya kepada alam sekeliling. Pada masa yang sama, individu perlu memahami pengaruh alam sekeliling ke atas dirinya.



Wednesday, November 26, 2008

Guru

Guru,
kau umpama rumah api di pinggir samudera,
kami umpama kapal-kapal di sana,
dalam kegelapan, kau memberi cahaya buat kami,
supaya tuju kami terarah jelas.

Guru,
kau umpama pekebun di ladang,
kami umpama flora di ladang,
kau sirami air buat kami,
kau curah baja kepada kami,
dibawah kendalianmu, kami tumbuh subur.

Guru,
kau umpama lilin di bilik gelap.
kami bagai artifak berselerak di dalamnya,
kau membakar diri,
memberi sejalur cahaya buat kami.

Guru,
kau mendidik kami,
memberi erti segala tersembunyi,
supaya kami dapat menabur bakti, buat pertiwi.

Guru,
jasa baikmu
tunjuk ajarmu,
akan kami ingat buat selama-lamanya.

Guru
kami pohon keampunanmu,
atas segala kesilapan yang pernah kami lakukan.

Guru,
ribuan terima kasih
atas segala pengorbananmu.


(Khas untuk guru-guru yang dihormati dan disayangi)

Sahabat

sahabat...
kau mampu membuatku tersenyum,
dikala kukesepian, dikala kukesusahan.
kau bukanlah seorang kawan, tapi kau insan yang bergelar Sahabat.

Sahabat...
kenangan indah yang kita lalui bersama, akan kuingati sentiasa.
kusedari akhirnya kita akan berpisah jua,
namun begitu percayahlah kau tetap di ingatanku.

Sahabat...
kenangan manis, pahit dalam hidup ini,
akan kuabadikan hingga ke akhir hayat.
aku akan sentiasa merindui senyumanmu.

Sahabat...
izinkan aku, meminta ampun dan sejuta kemaafan darimu,
di atas segala keterlanjuran kelakuan ku selama ini.

Sahabat...
kuucapkan ribuaan terima kasih di atas segala pengorbananmu.
aku sayang padamu kerana kau adalah sahabatku yang sejati.

Sahabat...
ku doakan semoga hidupmu dirahamtiNya selalu,
semoga kau berjaya di dunia dan akhirat.
ameen ya Allah ya Rahim.

salam ukhwahfillah

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNya,ana dapat menghasilkan sebuah blog yang bertajul Islam : Cahaya WahyuKU.
Di atas kesempatan ini, ana ingin mengucapakan jutaan terima kasih kepada suamiku yang tercinta, Mohd Shafiq Mohd Zakaria atas sokongan dan tunjuk ajar kepada ana dalam usaha menghasilkan blog ini.alhamdulillah...
Ucapan terima kasih juga ana ucapkan buat sahabat seperjuangan yang selalu memberi dorongan kepada ana untuk menghasilkan blog ana sendiri. ana akan cuba sedaya upaya untuk menulis artikal-artikal yang bertemakan kaunseling khususnya. ana hendak berkongsi segala ilmu pengetahuan yang telah ana pelajari selama hampir empat tahun dalam bidang kaunseling.
akhir sekali, ucapan terima kasih ana ucapkan buat semua pensyarah-pensyarah Jabatan Psikologi dan Kaunseling, Universiti Malaysia Terengganu atas tunjuk ajar yang kalian berikan kepada ana selama ini. hanya Allah S.W.T saja manpu membalas jasa baik kalian.
harapan ana agar segala perkongsian yang bakal ana hasilkan nanti akan memberi manfaat kepada semua pengunjung blog ana nanti. segala komen yang membina amat ana alu-alukan kepada para pembaca.
sekian, wsalam

nurwahyuni
27 Nov 2008
11.30am



Thursday, October 9, 2008

First blogspot

Assalmualakum..